ini blog saye . agak2 tak suke boleh klik pangkah kat atas . rajin.rajin la tinggalkan link kat button follow or cbox yew.

Wednesday 11 April 2012

MATANG UNTUK SESEORANG LELAKI

Assalammualaikum .
hye semua , tadi aq dok cari banyak cerita motivasi , tiba-2 haty aq tertarik dgn motivasi nie so aq nak share lah dgn korang semua . bacalah yee :D


Hehe. Hari ini saya ingin bertanya soalan sedikit. Saya hendak bertanya jika anda ingin memilih teman hidup, siapa yang anda pilih? Seorang yang matang atau seorang yang tidak matang?
Saya percaya ramai akan berkata kematangan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu perhubungan. Bukan sekadar ramai tetapi hampir semua orang mengatakan kematangan merupakan perkara penting dalam memilih pasangan hidup. Tanpa kematangan sesuatu hubungan akan huru-hara.
“Saya nak laki tu sebab dia matang.”
“Saya hendak perempuan tu sebab dia berfikiran matang.”
Mari kita pergi ke persoalan yang kedua. Apakah itu matang dan bagaimana hendak menentukan seseorang itu matang atau tidak?
“Ala senang sahaja tu, tengok sahaja daripada gaya lagaknya. Laki yang matang adalah laki yang cool dan pendiam. Laki yang suka ketawa dan bersikap main-main dikatakan tidak matang.”
Bagaimana dengan perempuan?
“Ala. Banyak tanya pula engkau ni.Perempuan yang bijak berkata dan isi yang bernas dikatakan matang. Perempuan yang suka ketawa dan tidak serius dikatakan main-main.”
Salah! Salah! Ketahuilah matang bukanlah boleh dinilai daripada luaran. Ianya tidak boleh dilihat. Ia berkaitan dengan kehidupan. Kematangan dinilai berdasarkan bagaimana seseorang menjalani  kehidupannya. Oleh itu anda perlu mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang.
Kalau saya, saya menilai kematangan seseorang lelaki berdasarkan dengan menanya soalan –soalan dibawah. Jawapan yang diberikan dapat memberi kita tahu tahap kematangannya.
1.    Bagaimana anda menguruskan kewangannya?
2.    Apakah matlamat akhirat dan hidup anda? Adakah anda mempunyai perancangan dan apa yang hendak dilakukan dalam 10 tahun ini?
3.    Apakah buku yang dibaca oleh anda?
4.    Bagaimanakah ilmu anda mengenai agama?
5.    Adakah anda tahu batas-batas pergaulan denga  masyarakat?
dan lain-lain…
(5 aspek ini penting dalam menjadi suami yang yang baik :-) )
Kesimpulan kepada dua persoalan diatas, jika anda perempuan dan ingin mencari lelaki sebagai pasangan hidup, pastikan dia matang. Sebabnya ramai mengatakan kematangan merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu perhubungan. (sebenarnya tidak matang pun tidak mengapa).
Kedua, semak adakah dia matang mengikut takrif kematangan kehidupan diatas atau anda boleh menulis sendiri takrif kematangan anda. Jika jawapan adalah kedua-dua positif maka lelaki itu lulus untuk berkahwin.
okeyyy , DAH TAMAT :D 
mcm mane reaksi korang semua selepas baca ?? hehehehe .

thanz for reading . XOXO

No comments:

Post a Comment