ini blog saye . agak2 tak suke boleh klik pangkah kat atas . rajin.rajin la tinggalkan link kat button follow or cbox yew.

Tuesday 17 April 2012




You wondered how you’d make it through. I wondered what was wrong with you. Because how could you give your love to someone else, yet share your dreams with me? Sometimes the only thing you’re looking for, is the one thing you can’t see.




thanz for reading . XOXO

Thursday 12 April 2012

FRIEND :)


hye semua :Dselamat petang :D  kawan ye kawan penting dalam kehidupan kita selain dpd ibubapa . pengaruh kawan juga memainkan peranan yg penting dlm kehidupan seharian jadi dlm memilih kawan kita mestilah pandai macam memilih pasangan hidup jugalah :D . Tapi dlm memilih pasangan hidup kita kenalah lebiy teliti ye x ?? muehehehehe . kalau nak cerita tentang kawan sekarang mcm -2lahh .

 cth : KAWAN MAKAN KAWAN , skrg dh bykkan ?? errmmm . mesti sedihkan bila kawan yg kita betul-2 sayang buat kita macam  ...... sedih kann ? :( benda mcm nie mengingat aq pada seseorang .*okeyy stopp,xmau cerita lebiy t cedih pulakk.* apew pown kawan tetap pentingkan ?? sangat penting lagi-2 bila kita nie sentiase berada jauh dpd family kawan adlh keluarga kedua buat kita . time kita adew mslh , kawan jugalah yg sentiase byk membantu . korang pown macam aq jugakan mesty syg kawan korang ?? lagi-2 bestfriend !!! aq sayang kawan aq dohhh .
dlm kita berkawan nie bohonglah kalau xdew berlaku pergaduhan walau pergaduhan tuu kecil mesty adew kann ?? okeyy , nie lah lumrah kehidupan ;D jadi kita kenalah pandai menjaga perasaan kawan kita . kalau gadoh-2 2 salah sorang kenalah mengalah ye x ?? apew pown aq nak kwn-2 aq tahu  . 
KITA BESTFRIEND FOREVER YEE . INGAT TAW JANGAN LUPA AQ , SEBAB AQ X PERNAH CUBA UNTUK LUPAKAN KAWAN AQ : D
tataaaa. 
W'SALAM .

thanz for reading . XOXO

Wednesday 11 April 2012

MATANG UNTUK SESEORANG LELAKI

Assalammualaikum .
hye semua , tadi aq dok cari banyak cerita motivasi , tiba-2 haty aq tertarik dgn motivasi nie so aq nak share lah dgn korang semua . bacalah yee :D


Hehe. Hari ini saya ingin bertanya soalan sedikit. Saya hendak bertanya jika anda ingin memilih teman hidup, siapa yang anda pilih? Seorang yang matang atau seorang yang tidak matang?
Saya percaya ramai akan berkata kematangan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu perhubungan. Bukan sekadar ramai tetapi hampir semua orang mengatakan kematangan merupakan perkara penting dalam memilih pasangan hidup. Tanpa kematangan sesuatu hubungan akan huru-hara.
“Saya nak laki tu sebab dia matang.”
“Saya hendak perempuan tu sebab dia berfikiran matang.”
Mari kita pergi ke persoalan yang kedua. Apakah itu matang dan bagaimana hendak menentukan seseorang itu matang atau tidak?
“Ala senang sahaja tu, tengok sahaja daripada gaya lagaknya. Laki yang matang adalah laki yang cool dan pendiam. Laki yang suka ketawa dan bersikap main-main dikatakan tidak matang.”
Bagaimana dengan perempuan?
“Ala. Banyak tanya pula engkau ni.Perempuan yang bijak berkata dan isi yang bernas dikatakan matang. Perempuan yang suka ketawa dan tidak serius dikatakan main-main.”
Salah! Salah! Ketahuilah matang bukanlah boleh dinilai daripada luaran. Ianya tidak boleh dilihat. Ia berkaitan dengan kehidupan. Kematangan dinilai berdasarkan bagaimana seseorang menjalani  kehidupannya. Oleh itu anda perlu mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang.
Kalau saya, saya menilai kematangan seseorang lelaki berdasarkan dengan menanya soalan –soalan dibawah. Jawapan yang diberikan dapat memberi kita tahu tahap kematangannya.
1.    Bagaimana anda menguruskan kewangannya?
2.    Apakah matlamat akhirat dan hidup anda? Adakah anda mempunyai perancangan dan apa yang hendak dilakukan dalam 10 tahun ini?
3.    Apakah buku yang dibaca oleh anda?
4.    Bagaimanakah ilmu anda mengenai agama?
5.    Adakah anda tahu batas-batas pergaulan denga  masyarakat?
dan lain-lain…
(5 aspek ini penting dalam menjadi suami yang yang baik :-) )
Kesimpulan kepada dua persoalan diatas, jika anda perempuan dan ingin mencari lelaki sebagai pasangan hidup, pastikan dia matang. Sebabnya ramai mengatakan kematangan merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu perhubungan. (sebenarnya tidak matang pun tidak mengapa).
Kedua, semak adakah dia matang mengikut takrif kematangan kehidupan diatas atau anda boleh menulis sendiri takrif kematangan anda. Jika jawapan adalah kedua-dua positif maka lelaki itu lulus untuk berkahwin.
okeyyy , DAH TAMAT :D 
mcm mane reaksi korang semua selepas baca ?? hehehehe .

thanz for reading . XOXO

Hari yg membosankan ??


assalammualaikum , hye semua . hari nie aq bosanlahh , PUBLIC HOLIDAY ?? right , hari nie mmg public holiday . korang-2 semua mesti happykan dpt cuti hari nie ye x?? lagi-2 budax sklh , hahahaha . aq tahu sgt , sebab adix aq pown mcm 2 juga , smlm aq ckp ngn adix aq yg sorang nie taw .# ea , besox nk sklh tv tutuplahh g masok tidow nnty bgn lmbt plak besox . adix aq 2 boley jwb , ee akak nie xtahu keww besox cuti biarlahh org nk tgk tv , sibuk jewww# ngeeee . nakalkan adix aq tuuu sikit pown xleh nk ckp elok-2 at aq .*sedih taww* hahaha .nielah masalah budax skrg bila kita jwb septh , berlebiy-2 patah dia jwb . ishhh .  dah-2 xpayah g aq nak cerita tntg adix aq nie wat myakitkan haty jew . hehehehe . korang-2 semua tgh buat apa skrg ?? mesti baru lepas hangout ngn member-2 korang kan . untunglahh kann . kalau yg adew pasangan 2 tentu happykan dpt luangkan masa sama-2 time cuti nie .:( aq nie dok umah mengadap dinding bilik , kipas yg tgh berpusing laju dgn fikiran melayang-2 smpai ke paris dahhh bertemankan teddy bear aq. hahahaha . xdew sapew nk bawa aq jalan keww  :( . di sebabkan kebosanan yg melampau nie aq pown carilah kejew , tapi kejewnya x menjadi jeww .  sampai ke ptg kol 3 cm2 aq pown pergi kedai tiba-2 terpandang cupcakes!!! yeahh CUPCAKES !!! dah lamanya x buat cupcakes . Cupcakes cklt , nyum-2 . sedapnyaaaa . sampai rumah ibu aq tanye # buat apew semua nie ??? nak buat cupcakeslah buuu# aikk, dh ptg-2 cmnie baru nak buat dpd tady dok rumah xnak buat .# aq diam jeww , sambil tunjukkan gg aq yg putih nie . hahahahahaha .

dlm pukul 5 cam2 akhirnya siaplahh CUPCAKES aq . lamanya x buat entah mcm manalah rasannya kan . pahit , tawar , hangus , kelat?? mcm-2 rasa , kalau dah x menjadikann . nyummm!! eaa , sedaplahh . hehehehe .*perasaan dahh*

tengok nampak gebu x cupcakes aq ?? hehehehe . cupcakes aq nie xdewlah cantik mana pown aq xdew masa nak hias-2kan dye . so itam jewlahh . hehehehe . kalau nak cantik-2 mcm nie


mmg makan masalahkan . xpew-2 nanty aq dah cukup duit aq nak bukak kedai sendry nanty boleylah aq buat cupcakes yg lagi cantik dpd gmbr-2 at atas nie . *hehehehe, berangan jeww xhabis-2*
okeyy lah guys sampai sini jewlah . 
TATAAAAAAAAAA. :D 
ASSALAMMUALAIKUM .

thanz for reading . XOXO

Tuesday 10 April 2012

Meniti lumrah kehidupan yg semakin mematangkan diri :D


agak-2 mcm nie kew muka org matang ?? HAHAHAHA . 
Assalammualaikum , hye . dear reader's . how are u ?? : D  . hari ini aq mulakan rutin harian aq di rumah seperti biasa , walaupun agak kekok sedikit tapi aq try biasakan dgn suasana persekitaran di sini . errmmm , tiba-2 haty teringat pulak BP . memang aq akui terlalu banyak yg aq dapat bila aq berada di sana . semua perkara yg berlaku sikit sebanyak mematang aq . dgn ketiadaan dia di sisi aq lagi , aq yakin aq mampu utk hidup sendiri . mula-2 memang susah untuk terima hakikat tapi aq kena berfikiran positif . anggap saja dah xdew jodoh . hidup dengan apa yang ada sekarang . bukan awang awangan masa silam . selama mana pun perhubungan itu jika ALLAH S.W.T telah tetapkan jodohnya sampai di situ kita harus terima :) . insyaallah pasti adew yang lebiy baik yg telah di sediakan olehNYA . betul x ??  hahahaha , kata-2 utk menyedapkan haty aq yg masih luka . usia aq terlalu muda banyak lagi benda yg harus dan wajib aq belajar !! soal jodoh , xperlu di fikirkn buat masa nie . aq dah mals nak pikir so , kalau adew ank RAJA nak pinang aq pasnie aq setuju jewlahh . hehehehehe .

thanz for reading . XOXO

Thursday 5 April 2012

Hari Last berada di BATU PAHAT :D

Assalammualaikum semua , salam jumaat juga pada kaum-2 adam :D 
. pada kaum-2 adam yg masih dudux dirumah 2 atau dimana sahaja pantaslah menyiapkan diri anda untuk menunaikan SOLAT JUMAAT . SOLAT JUMAAT WAJIb bagi setiap kaum adam kann . tahu x????  hehehehe . okeyylah dpd aq bebel-2 macam nie baek aq teruskan cerita . dpd tittle post korang  boley tahu cerita yg aq nk sampaikan nie sedihkan tgk pic 2  pown tulis PERPISAHAN !!!!*sob sob sob* tgk dah mula sedih nie . ngeeee .  hari nie aq last dekat BP .*huwaaaaaaaaa-2* sedihnyaaa . walaupun aq baru 3 bulan dudux sini tapi dah macam-2 kenangan yg aq dpt daripada yg manis , masin , pahit , kelat semuanya adew . hehehehe . aq mulakan kerja aq semalam seperti biasa bangun pagi dah terus bersiap utk pergi ke kerja dgn harapan mudah mudahan hari nie xdptlah telur . hahaha .Tiba-2 teringat kata-2 HAIRI : # Ecah nk telur ayam ke telur itik ???# ECAH: # nak telur angsa taww   HAIRI: # boley-2 nk berapa biji ??  ECAH: #nak 2 biji nak bawa balix segamat# 

thanz for reading . XOXO

TiPs MeNjAdI oRaNg YaNg BeRjAyA!!!

1. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Sihat
2. Orang Berjaya Adalah Wang Simpanannya Sentiasa Meningkat
3. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Mendidik, Memimpin Dan Membantu Orang Lain Untuk Menjadi Orang Berjaya
1. Orang Berjaya Adalah Orang Yang SihatFORMULA PERTAMA MENJADI orang berjaya, pada pendapat saya sendiri adalah menjadi orang yang sihat. Jika anda sekarang ini kurang menitikberatkan kesihatan diri, mulakanlah menjaga kesihatan. Berubah daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang cemerlang kesihatannya! 


-----Nah, apabila anda dah mulai mengamalkan gaya hidup sihat, dan melakukannya sehingga satu tahap di mana bukan sahaja anda sendiri merasa seperti seorang yang sihat, malah orang lain pun mulai sedar akan perubahan diri anda. 


-----Orang akan mulai bertanyakan tips bagaimana anda menjadi sihat sentiasa. Nah, pada tahap itu, anda telahpun mencapai status orang berjaya, iaitu seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Pelan tindakan anda?


----- Mulailah mengkaji tahap kesihatan anda sekarang. Mulai mengkaji gaya hidup anda. Adakah anda mengamalkan penjagaan kesihatan? Jika tidak, MULAKAN SEKARANG. PILIHLAH JALAN UNTUK MENJADI SIHAT dan seterusnya jadikanlah diri anda orang berjaya.




2. Orang Berjaya Adalah Wang Simpanannya Sentiasa Meningkat
RAMAI YANG BERANGGAPAN, untuk menjadi orang berjaya, adalah menjadi kaya. Pada pendapat saya, untuk menjadi seorang berjaya, apa yang penting adalah memastikan wang simpanan kita sentiasa meningkat. 


-----Nah, untuk merasai kehidupan seperti seorang yang berjaya, mulakan langkah-langkah untuk meningkatkan wang simpanan anda! Tidak kira berapakah nilai simpanan wang anda sekarang, asalkan anda mulai meningkatkan simpanan wang, maka anda sebenarnya telahpun mengamalkan tabiat seorang berjaya, iaitu tabiat menyimpan wang DAN sentiasa meningkatkan wang simpanan.


----- Baca sekali lagi. Saya kata, tabiat menyimpan wang, dan tabiat meningkatkan wang simpanan. Maksud saya dengan meningkatkan wang simpanan adalah, meningkatkan jumlah wang yang anda simpan setiap bulan.


----- Jika sebelum ini, anda memang telah mengamalkan tabiat menyimpan, dan setiap bulan anda menyimpan RM100. Itu sudah bagus. Dan jika anda dapat sentiasa meningkatkan jumlah simpanan, setiap 6 bulan, anda tingkatkan simpanan bulanan, iaitu untuk bulan ini, anda simpan RM100 sebulan. Begitulah seterusnya sampai 6 bulan. 


----- Pada bulan ke 7, anda meningkatkan wang simpanan kepada RM120 sebulan. Nah! Di sinilah perbezaannya daripada seorang biasa, dengan seorang yang berjaya. Orang berjaya sentiasa meningkatkan wang simpanannya.


Pelan tindakan anda?

----- Jika sebelum ini, anda tidak pernah terfikir untuk meningkatkan wang simpanan bulanan anda, contohnya daripada RM100 sebulan kepada RM120 sebulan, mulailah mengkaji cara untuk melakukannya. 


----- Sedikit tips, iaitu dengan berjimat wang belanja bulanan, supaya simpanan bulanan anda dapat ditingkatkan, ataupun cara kedua, iaitu dengan mencari cara supaya dapat meningkatkan pendapatan sampingan. 


----- Jika anda telah berjaya meningkatkan wang simpanan bulanan anda TANPA GAGAL selepas ini, maka, anda telahpun menjadi orang berjaya. Cubalah!



3. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Mendidik, Memimpin Dan Membantu Orang Lain Untuk Menjadi Orang Berjaya

ANDA TELAH PUN MENGAMALKAN gaya hidup sihat. Anda dah meningkatkan simpanan bulanan. Ya! Kini ada satu lagi tips untuk menjadi seorang berjaya. Iaitu dengan mendidik, memimpin dan membantu orang lain untuk sama menjadi orang berjaya seperti anda!


----- Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai nilai yang tinggi di mata orang lain dan berstatus tinggi di sisi tuhan. Ini kerana, apabila anda membantu orang, anda akan di lihat sebagai mempunyai nilai yang tinggi di mata dan fikiran orang lain. 


----- Jika anda menjadi pendidik, atau sekadar berkongsi ilmu anda dengan orang lain, apatah lagi jika anda komited menjadi pendidik yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu, maka anda akan mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan.


-----Terdapat fakta yang mengatakan, seorang pendidik dan pemimpin mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan. Oleh itu, jika anda bukan setakat menyebar ilmu, malah mendidik dan memimpin serta turun padang membantu orang lain secara bersungguh-sungguh, anda akan mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan. Ini bukan ceramah agama, tetapi pada pandangan saya, inilah salah satu cara untuk menjadi orang berjaya.


Pelan tindakan anda?

-----Langkah pertama adalah menyebarkan konsep Formula Mudah Bagaimana Menjadi Orang Berjaya ini kepada orang lain. Langkah kedua adalah mendidik, memimpin dan membantu orang lain untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan wang simpanan mereka setiap bulan. 


-----Dengan mengetahui Formula Mudah Bagaimana Menjadi Orang Berjaya, sekarang anda telahpun memiliki satu panduan yang boleh anda gunakan sekiranya anda ingin menjadi seorang berjaya. 


-----Mulakan Take Action, dan jadikan ini satu misi, visi dan aksi anda ke arah memperbaiki kualiti hidup anda sebagai seorang yang berwawasan dan juga sebagai seorang yang berjaya.

Selamat. Maju. Jaya.

thanz for reading . XOXO