ini blog saye . agak2 tak suke boleh klik pangkah kat atas . rajin.rajin la tinggalkan link kat button follow or cbox yew.

Thursday 5 April 2012

TiPs MeNjAdI oRaNg YaNg BeRjAyA!!!

1. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Sihat
2. Orang Berjaya Adalah Wang Simpanannya Sentiasa Meningkat
3. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Mendidik, Memimpin Dan Membantu Orang Lain Untuk Menjadi Orang Berjaya
1. Orang Berjaya Adalah Orang Yang SihatFORMULA PERTAMA MENJADI orang berjaya, pada pendapat saya sendiri adalah menjadi orang yang sihat. Jika anda sekarang ini kurang menitikberatkan kesihatan diri, mulakanlah menjaga kesihatan. Berubah daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang cemerlang kesihatannya! 


-----Nah, apabila anda dah mulai mengamalkan gaya hidup sihat, dan melakukannya sehingga satu tahap di mana bukan sahaja anda sendiri merasa seperti seorang yang sihat, malah orang lain pun mulai sedar akan perubahan diri anda. 


-----Orang akan mulai bertanyakan tips bagaimana anda menjadi sihat sentiasa. Nah, pada tahap itu, anda telahpun mencapai status orang berjaya, iaitu seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Pelan tindakan anda?


----- Mulailah mengkaji tahap kesihatan anda sekarang. Mulai mengkaji gaya hidup anda. Adakah anda mengamalkan penjagaan kesihatan? Jika tidak, MULAKAN SEKARANG. PILIHLAH JALAN UNTUK MENJADI SIHAT dan seterusnya jadikanlah diri anda orang berjaya.




2. Orang Berjaya Adalah Wang Simpanannya Sentiasa Meningkat
RAMAI YANG BERANGGAPAN, untuk menjadi orang berjaya, adalah menjadi kaya. Pada pendapat saya, untuk menjadi seorang berjaya, apa yang penting adalah memastikan wang simpanan kita sentiasa meningkat. 


-----Nah, untuk merasai kehidupan seperti seorang yang berjaya, mulakan langkah-langkah untuk meningkatkan wang simpanan anda! Tidak kira berapakah nilai simpanan wang anda sekarang, asalkan anda mulai meningkatkan simpanan wang, maka anda sebenarnya telahpun mengamalkan tabiat seorang berjaya, iaitu tabiat menyimpan wang DAN sentiasa meningkatkan wang simpanan.


----- Baca sekali lagi. Saya kata, tabiat menyimpan wang, dan tabiat meningkatkan wang simpanan. Maksud saya dengan meningkatkan wang simpanan adalah, meningkatkan jumlah wang yang anda simpan setiap bulan.


----- Jika sebelum ini, anda memang telah mengamalkan tabiat menyimpan, dan setiap bulan anda menyimpan RM100. Itu sudah bagus. Dan jika anda dapat sentiasa meningkatkan jumlah simpanan, setiap 6 bulan, anda tingkatkan simpanan bulanan, iaitu untuk bulan ini, anda simpan RM100 sebulan. Begitulah seterusnya sampai 6 bulan. 


----- Pada bulan ke 7, anda meningkatkan wang simpanan kepada RM120 sebulan. Nah! Di sinilah perbezaannya daripada seorang biasa, dengan seorang yang berjaya. Orang berjaya sentiasa meningkatkan wang simpanannya.


Pelan tindakan anda?

----- Jika sebelum ini, anda tidak pernah terfikir untuk meningkatkan wang simpanan bulanan anda, contohnya daripada RM100 sebulan kepada RM120 sebulan, mulailah mengkaji cara untuk melakukannya. 


----- Sedikit tips, iaitu dengan berjimat wang belanja bulanan, supaya simpanan bulanan anda dapat ditingkatkan, ataupun cara kedua, iaitu dengan mencari cara supaya dapat meningkatkan pendapatan sampingan. 


----- Jika anda telah berjaya meningkatkan wang simpanan bulanan anda TANPA GAGAL selepas ini, maka, anda telahpun menjadi orang berjaya. Cubalah!



3. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Mendidik, Memimpin Dan Membantu Orang Lain Untuk Menjadi Orang Berjaya

ANDA TELAH PUN MENGAMALKAN gaya hidup sihat. Anda dah meningkatkan simpanan bulanan. Ya! Kini ada satu lagi tips untuk menjadi seorang berjaya. Iaitu dengan mendidik, memimpin dan membantu orang lain untuk sama menjadi orang berjaya seperti anda!


----- Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai nilai yang tinggi di mata orang lain dan berstatus tinggi di sisi tuhan. Ini kerana, apabila anda membantu orang, anda akan di lihat sebagai mempunyai nilai yang tinggi di mata dan fikiran orang lain. 


----- Jika anda menjadi pendidik, atau sekadar berkongsi ilmu anda dengan orang lain, apatah lagi jika anda komited menjadi pendidik yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu, maka anda akan mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan.


-----Terdapat fakta yang mengatakan, seorang pendidik dan pemimpin mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan. Oleh itu, jika anda bukan setakat menyebar ilmu, malah mendidik dan memimpin serta turun padang membantu orang lain secara bersungguh-sungguh, anda akan mempunyai status yang tinggi di sisi tuhan. Ini bukan ceramah agama, tetapi pada pandangan saya, inilah salah satu cara untuk menjadi orang berjaya.


Pelan tindakan anda?

-----Langkah pertama adalah menyebarkan konsep Formula Mudah Bagaimana Menjadi Orang Berjaya ini kepada orang lain. Langkah kedua adalah mendidik, memimpin dan membantu orang lain untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan wang simpanan mereka setiap bulan. 


-----Dengan mengetahui Formula Mudah Bagaimana Menjadi Orang Berjaya, sekarang anda telahpun memiliki satu panduan yang boleh anda gunakan sekiranya anda ingin menjadi seorang berjaya. 


-----Mulakan Take Action, dan jadikan ini satu misi, visi dan aksi anda ke arah memperbaiki kualiti hidup anda sebagai seorang yang berwawasan dan juga sebagai seorang yang berjaya.

Selamat. Maju. Jaya.

thanz for reading . XOXO

No comments:

Post a Comment